Ketika cinta itu kembali menyapa
Aku dalam persimpangan
Sekian lama ia pergi kini ia kembali
Telah lama kukuburkan rasa itu
Kini ia hadir semula
Tunduk dan sujud ku menyerah
Tiada upaya aku sebagai hamba
Di saat aku pilih untuk kembali kepada Engkau Ya Hayyu Ya Qayyum
Kau berikan dia untuk memimpinku
Kau anugerahkan semula cinta lama
Kau mekarkan semula kasih silam
Tidak pernah cepat mahupun lewat
Jika itu memang ketentuanMu
25 tahun tersimpan kemas di peti hati
Kini ia bersinar terang dengan kehendakMu
Ya dia sememangnya anugerah
Untuk aku kembali meluruskan kehidupan
Untuk aku kembali ke fitrah
Untuk aku mengabdikan diri menjadi hambaMu
Tiada bait kata untuk kuukir
Tanda kesyukuranku pada Rabbul Jalil
Atas kurniaanNya
Terlalu tinggi kurniaanNya
Hingga kadangkala terasa betapa tidak layaknya aku
Aku terlalu kerdil
Terima kasih Tuhan
Atas anugerah ini
Setiap detik nyawa kini kuabdikan hanya untukMu
Perjalananku hanya untuk meraih redhaMu
Dan yang pasti
Kini aku dan si dia
Bergandingan berdua untuk sama-sama mencari cintaMu
Seiringan melangkah meneruskan perjuangan mencari kebenaran
Redhailah kami Ya Rahim
Bimbinglah kami Ya Rahman
Peluklah kami Ya Quddus
Hanya syurga dan redhaMu jadi matlamat hidup kami
Semoga ikatan kami berkekalan sampai ke syurga
Sayangku Bie,
Terima kasih kerana sudi menerima diri yang serba kekurangan ini
Terima kasih sudi menjadi imam pendiri solatku
Terima kasih sudi di sisi ketika sakit dan sihatku
Terima kasih sudi terus mendukungku dalam apa jua aku ceburi
Terima kasih kerana redha atas isterimu ini
Moga
Allah kurniakan yang terbaik buatmu sayang
Nuradibah
Julai 2021 / Zulhijjah 1442
Inanam
Aaminn ya rabb
ReplyDelete