Tuesday, February 14, 2023

Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee - Kombo Terbaik

Badan berat. Selalu kena tinggal bila berjalan beramai-ramai. Kena ejek "kenderaan berat". Benda yang biasa dialami oleh mereka yang berbadan 'comel'. Slogan "gemuk is awesome" hanyalah penyedap kata. Hakikatnya hanya mereka sendiri yang merasai jerih perit bila berbadan besar ni. Pernah ke terbayang dari kurus jadi membesar bagai juara.

Berat saya pernah mencecah 78kg. Hasil pengambilan moreh (makanan berat) sepanjang Ramadhan dan pengambilan minuman viral gelas besar (berunsurkan susu pekat manis). Dari berat yang sihat (60kg) terus menuju puncak hingga hampir 80kg. Menyesal? Mulanya tak rasa pun makin membesar. Tapi bila nak raya dan tengok saiz berubah dari L ke XXL, memang terkesima jugaklah huhuhu. Nak buat camno? Pilihan sendiri kan. Masa ni memang teringat sangat dengan Set Kurus Shaklee yang awesome tapi tu la teringat je la hahaha.

Kesedaran timbul masa penghujung 2022.Ye lah kan sampai bila nak terus membesar. Apatah lagi bila usia meningkat, risiko pun makin tinggi. Saya memulakan journey pengurusan berat badan ni dengan melakukan Intermittent Fasting dan puasa sunat Isnin-Khamis. Nampak perubahan cuma craving pada karbohidrat dan gula masih tinggi. Patutnya dua benda ni lah perkara utama kena avoid kan.

Kemudian, bila saya teliti semula set-set yang Shaklee sediakan, hati ni sangat tertarik dengan Set Kurus Shaklee ni. Set kurus Shaklee ni lengkap dengan nutrein protein untuk pembinaan otot, ada ejen pembakaran lemak dan ejen untuk mencuci usus jugak. Menarik kan.

Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee - Kombo Terbaik

Inilah dia Set Kurus Shaklee yang awesome tu. Set ini ditambah pula dengan Vivix memang memberi kesan yang sangat optimum untuk menurunkan berat badan. Meh saya ceritakan fungsi setiap produk yang ada dalam Set Kurus Shaklee:

Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee - Kombo Terbaik

1) Cinch Chocolate

Cinch Shake dari Shaklee ialah sebuah minuman rendah kalori (180 kcal sahaja). Dalam Set Kurus Shaklee, Cinch Shake bertindak sebagai pengganti makanan (meal replacement). Ia memiliki protein yang lengkap dengan 20 multivitamin, kalsium, leucine dan serat.

Leucine adalah asid amino penting, bertanggungjawab untuk pertumbuhan dan penyelenggaraan otot. Oleh kerana badan kita tidak menghasilkan leucine, ia mesti diperolehi daripada sumber pemakanan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa leucine bermanfaat dalam:

Menggalakkan penghasilan otot.1
Menyokong pertumbuhan otot tanpa lemak.1
Menyokong pemulihan otot.1
Mengurangkan keletihan otot selepas senaman.1

Rujukan:
Mero, A. Leucine Supplementation and Intensive Training. Sports Med 27, 347–358 (1999) doi:10.2165/00007256- 199927060-00001

Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee - Kombo Terbaik

2) Omega Guard Shaklee

OmegaGuard menyediakan spektrum luas asid lemak penting Omega-3 tulen, secara semula jadi ditemui dalam ikan air sejuk yang kecil. Setiap hidangan mengandungi 1080mg Omega-3 pekat (540 mg EPA yang memberi manfaat kepada kesihatan anda dan 360 mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal).

Omega Guard Shaklee bertindak dengan menyingkirkan lemak lemak dibadan. Disamping itu juga Omega Guard Shaklee mengandungi Omega-3 Fatty Acid yang mengawal pelbagai jenis hormon di dalam badan, termasuklah hormon LEPTIN, yang berfungsi mengawal selera makan kita. dan membantu kita mengawal rasa lapar.

Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee - Kombo Terbaik

3) Lecithin Shaklee

Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kacang soya organik di mana setiap kapsul mengandungi 518mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol. Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan.

Lecithin adalah ‘pengemulsi semulajadi‘ yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran.

Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee - Kombo Terbaik

4) Herb Lax Shaklee

Herb-Lax ni merupakan herba traditional yang terdiri daripada 9 jenis herba seperti alfalfa leaves, senna leaves, anise seeds, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver’s root.

Herb-Lax Shaklee ni memang menyokong sistem pencernaan yang sihat dengan menghasilkan gabungan herba terpilih agar dapat membantu gangguan pencernaan.

Fungsi setiap herba terpilih dalam Herb-Lax:

Senna Leaves – membantu merangsang pembersihan yg lembut pada usus dan perut serta percepatkan proses detoksifikasi agar dapat mengurangkan penyerapan lemak.
Alfalfa leaves – membantu membersihkan usus, darah dan hati.
Buckhorn bark – Melembutkan najis agar memudahkan pergerakan najis dalam usus
Licorice Root – Membantu proses detoksifikasi.
Fennel seeds – Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan atau pengambilan alkohol, membantu pencernaan serta membantu mengatasi masalah sembelit dan kembung perut.
Anise seeds – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.
Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik semulajadi.
Blue Malva Flower – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
Culver’s root – Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.


Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee - Kombo Terbaik

5) Vivix Shaklee

Vivix adalah merupakan suplemen yang sangat premium daripada Shaklee yang tinggi dengan kandungan antioxidant. Vivix adalah satu-satunya supplement yang berjaya menembusi sel sehingga ke peringkat DNA. Vivix merupakan minuman botani anti-aging atau anti penuaan yang terbaik dan bagus untuk kesihatan menyeluruh.

Dalam Set Kurus Shaklee, Vivix bertindak sebagai booster atau pemangkin untuk membantu proses penurunan berat badan.

Next step saya untuk meneruskan perjalanan pengurusan berat badan saya selain berIntermittent Fasting adalah dengan menggunakan Set Kurus Shaklee. Nak kurus dengan bernutrisi dan sihat. Itulah target saya. Doakan ye kawan-kawan.

Untuk bacaan tambahan berkaitan Set Kurus Shaklee, boleh ke entry yang ditulis sahabat saya ni ye Set Kurus Shaklee Premium Berkesan

#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleeseremban
#shaklee


Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi



Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

4 comments:

  1. Saya juga dah amal mmg membantu proses trnkan berat 7 kg

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh best ni. saya baru nak mula. doakan ye. nak sihat kerana Allah in shaa Allah

      Delete
  2. saya pun dah amalkan set kurus shaklee ni mmg boleh loss inc banyak

    ReplyDelete
  3. bestnya fieza, adha pun baru nak mula. doakan ye

    ReplyDelete

Nak Dapat Duit Raya Awal Dari Shaklee?

Assalamualaikum semua. Tengok tajuk je mesti ada rasa teruja kan. Alhamdulillah saya pernah merasai dapat duit raya awal dari Shaklee. Terhe...