Intermittent fasting atau IF. IF? IF ni apa?
Sebelum saya menulis lebih panjang,meh saya kongsikan IF ni apa. Intermittent Fasting (IF) bermaksud puasa dalam tempoh tertentu dan pengambilan minuman seperti air kosong dan minuman tanpa gula (teh hijau, kopi kosong dan lain-lain minuman yang tanpa kalori serta gula) dibenarkan dalam tempoh berpuasa. Tempoh puasa pula termasuk waktu tidur.
Ramai yang bertanya, bagaimana nak mulakan IF? Jadi saya kongsikan di sini serba sedikit bagaimana Intermittent Fasting ni boleh dilakukan.
Ini antara langkah yang saya ambil ketika mula-mula nak berIntermittent Fasting.1. Niat/Tujuan
Apa niat utama nak buat Intermittent fasting ni? Nak turun berat semata atau nak lebih sihat? Saya pilih untuk lebih sihat kerana Allah. Saya ada sejarah GDM (gestational diabetes mellitus) dan ada keturunan diabetes,maka perlunya pencegahan awal untuk saya tidak mewarisi penyakit ini.
2. Target
Target ni saya tak letak spesifik berapa berat nak turun. Tapi saya letakkan target berapa lama saya nak ber Intermittent fasting ni. Berat turun tu bonus pada saya. Kenapa saya tak letak target berat turun? Sebab saya nak jadikan Intermittent Fasting ni lifestyle saya.
3. Disiplin & Konsisten
Kalau tak mampu nak disiplin, memang sangat susah. Kena latih diri untuk konsisten dan tekad untuk terus buat.
4. Tetapkan Jadual Intermittent Fasting
Intermittent Fasting lebih kepada fleksibiliti, apa yang diri sendiri mampu lakukan. Jangan buat di luar kemampuan diri. Kunci utama untuk melakukan intermittent fasting ni adalah konsisten. Intermittent Fasting ada pelbagai regim contohnya 12:12, 16:8, dan 20:4. Jadi, pemilihan regim yang sesuai dengan tubuh badan dan masa perlu diambilkira.
Saya betul-betul buat Intermittent fasting bermula pada hujung 2022, dalam bulan 10. Saya mula rekod masa Intermittent Fasting menggunakan apps. Saya mulakan dulu dengan 12:12. Maksudnya 12 jam berpuasa adalah bermula pada 7 malam dan berakhir pada 7 pagi esoknya. Pukul 7 pagi baru saya makan. Saya amalkan beberapa bulan, untuk biasakan perut dan diri dengan jadual makan yang dah berubah.
Sekarang saya cuba adjust pula dengan regim Intermittent fasting 16:8.Waktu puasa dipanjangkan lagi dari 12 jam ke 16 jam. Jadi saya berbuka pada waktu makan tengahari. Regim ni seakan kita skip sarapan dan tgerus ke lunch. Alhamdulillah setakat ini dan sehingga ke hari ini, badan boleh menerima waktu puasa lebih lama.
Nak ber intermittent fasting ni memang ambil masa dan kena bersabar. Kadang-kadang berjaya dan ada masa tak berjaya tapi tak mengapa, semua bergantung pada diri sendiri, boleh berbuka, makan dan mulakan semula sesi intermittent fasting pada hari lain. Tapi penting juga untuk konsisten supaya badan dapat membaca rentak yang kita cuba aturkan.
Paling mudah untuk mulakan Intermittent Fasting ialah selepas makan malam/sebelum tidur kerana secara teknikalnya kita ‘berpuasa’ semasa kita sedang tidur. Bila bangun pagi kita terus sambung berpuasa sehingga tiba waktu berbuka.
Untuk memudahkan beginners melakukan Intermittent Fasting ini, digalakkan berpuasa pada waktu malam iaitu berhenti makan pada waktu tertentu di sebelah malam. Jika anda berhenti makan pada jam 8.00 malam, anda akan berbuka puasa selepas 16 jam iaitu pada pukul 12.00 tengahari keesokan harinya. Begitulah seterusnya.
Kepada yang baru berjinak-jinak untuk memulakan Intermittent Fasting, disarankan untuk mencuba berpuasa 12 jam terlebih dahulu. Sekiranya badan anda boleh menerima kaedah ini, anda boleh meneruskan dengan 14 jam berpuasa dan seterusnya 16, 18, 20 jam berpuasa.
5. Elakkan Gula
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleeseremban
#shaklee
Terima kasih atas penjelasan dan huraian ini sahabat. Amat bermanfaat sekali.
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah.
Delete