Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Sunday, March 5, 2023

Makanan Yang Mengenyangkan Ketika Sahur

sahur

Hanya berbaki 17 hari jika dipanjangkan umur, kita akan bertemu semula dengan Ramadhan Al-Mubarak. Bila sebut Ramadhan tentulah wajib berpuasa kan. Dan bila kita sebut pasal berpuasa ni salah satu elemennya adalah SAHUR. Keutamaan sahur sebagai satu amalan sunat yang amat dituntut ada dinyatakan dengan jelas oleh beberapa Hadis Nabi Muhammad S.A.W.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, Nabi S.A.W telah bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً

“Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.”

Sahur juga menjadi amalan yang membezakan amalan puasa umat Islam dengan amalan puasa ahli kitab sebagaimana Hadis yang diriwayatkan oleh ‘Amr bin al-‘As RA, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ

“Perbezaan antara bagi puasa kita dan puasa ahli kitab adalah dengan makan sahur.”

Kita dah selalu dengar tentang kelebihan bersahur semua tu kan jadi hari ni saya nak berkongsi apakah jenis makanan yang bagus diambil. Adalah penting untuk kita mengetahui jenis makanan yang bersesuaian kerana kita berpuasa dalam jangka waktu 10-12 jam, satu jangka masa yang panjang dan kita memerlukan tenaga yang mencukupi untuk melakukan aktiviti harian tanpa terganggu. 

Di bawah, saya senaraikan 3 jenis bahan makanan yang boleh disenaraikan dalam menu ketika bersahur nanti.

i) Daging

sahur
Kredit foto: orangmuo

Daging adalah sejenis makanan yang mengandungi sumber tenaga yang tinggi. Hal ini kerana ianya kaya dengan sumber protein dan lemak. 1g protein dan lemak daripada daging telah menyumbang sebanyak 4 kcal dan 9 kcal tenaga. Daging mengandungi 9 jenis asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh badan untuk pembinaan otot yang sihat. Daging mengandungi kandungan kreatin yang tinggi di mana ianya dapat membantu untuk pembinaan otot dan meningkatkan kekuatan tubuh badan. 

Taurin merupakan sejenis asid amino yang banyak terkandung di dalam daging. Antara fungsi penting taurine adalah mengekalkan keseimbangan elektrolit dan hidrasi tubuh badan, menjaga sistem saraf badan, menyokong kesihatan mata dan penglihatan dan melindungi sel di dalam tubuh badan. Dengan kandungan nutrisi ini, daging memang sesuai untuk dijadikan menu masakan.

ii) Telur

Kredit foto: neuroversiti.com

Sebiji telur mampu membekalkan sebanyak 5.93g protein iaitu hamper sebanyak 1 hidangan protein (1 hidangan protein = 7-gram protein). Pengambilan protein di dalam diet harian dapat menyokong mencukupkan keperluan protein harian. Secara umumnya, seseorang individu yang sihat memerlukan sebanyak 0.8 g ke 1 g protein per 1 kg berat badan sehari. Selain dari sumber yang murah, kebiasaannya menu makanan berasaskan telur lebih mudah disediakan. 

iii) Kekacang

Kredit foto: hellodoktor

Kekacang penuh dengan nutrisi. Ia sumber utama phytoprotein atau protein bersumberkan tumbuhan dan lemak tak tepu. Selain Omega 3, kekacang juga tinggi dengan Vitamin E dan magnesium. Kekacang juga mengandungi sumber karbohidrat, mineral dan vitamin.

Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan serat dari makanan seperti kekacang dapat membantu dalam rawatan dan pencegahan beberapa isu seperti ulser usus, buasir dan penyakit refluks gastroesophageal (GERD). Mungkin bukan sebagai menu utama, tapi boleh je sediakan semangkuk kekacang sebagai kudapan selepas sahur.

Dari 3 senarai bahan tadi, apa kata ibu-ibu cuba pelbagaikan 3 jenis makanan di atas untuk hidangan sekeluarga. Moga sahur kali ini lebih berkhasiat dan lebih menyelerakan. 


#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleeseremban
#shaklee


Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi



Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.





Sunday, February 26, 2023

Ropol Dalam Hidup

Ropol

Siapa kat sini suka ropol-ropol atau dalam bahasa Inggerisnya ruffles.
Biasanya warga perempuan yang suka dengan segala macam ropol ni. Saya tak terkecuali.

Ropol Dalam Hidup


Tapi kan sebenarnya kalau dalam hidup banyak sangat ropol pun tak de la elok. Bayangkan kalau kat rumah kan, ada ropol kat alas meja, ada ropol kat langsir, kat sarung kusyen pun beropol-ropol. Tak masuk baju yang ropol di lengan, di bawah baju.

Ropol ni ibaratnya hiasan je. Adakala tak perlu pun pada ropol ni. Dalam Islam, jika ia tiada manfaat, ia tidak la perlu untuk ada pun. Sebab ropol-ropol beginilah membuatkan kita hanyut dalam dunia.

Bagaimana cara nak kurangkan ropol dalam hidup? Meh saya kongsikan caranya:

1) Cek almari baju. Ada tak baju yang dah lama tak pakai? Lama tu lebih 6 bulan - 1 tahun. Tanya balik kat diri nak pakai ke tak, jika taknak asingkan.

2) Cek kabinet dapur. Ada ke bahan-bahan masakan yang dah tamat tempoh? Jika ada, ambil dan masukkan terus dalam tong sampah. Asingkan bahan masakan seperti rempah sebaiknya ikut jenis dan tarikh luput.

3) Cek kabinet dapur lagi sekali. Kali ni kita fokus kat bahagian tupperware, tipuware maupun pinggan melamine, pyrex, plastik, ikea dan seangkatan. Adakah masih elok dan mahu digunakan? Asingkan dengan yang telah retak, pudar, ataupun yang tepi dah cair kena panas

4) Kabinet kain selain baju. Yang ni cuba semak berapa banyak cadar, sarung bantal atau langsir dan sarung kusyen yang ada. Elok lagi ke atau simpan sebab ada elemen sentimentel tu. Jika elok dan masih nak gunakan, ambil la 2-3 design maksimum. Lebih dari 3 design tu alamatnya memang jadi penunggu setia je

Ropol Dalam Hidup

Cuba dulu buat 4 perkara di atas, nampak la selama ni kita banyak simpan ropol dalam rumah tanpa kita sedar. Ni tak masuk lagi bab hiasan frame ke bunga gantung ke bunga pasu semua tu ye.

Percayalah, hidup lebih luas tanpa banyak ropol. Hidup dengan penuh kesederhanaan. Tanpa ropol dan renda. Mata lebih sejuk, hati lebih tenang, jiwa terasa lapang.

Nur Adha ❤️
Ropol sekadarnya sahaja

Nak Dapat Duit Raya Awal Dari Shaklee?

Assalamualaikum semua. Tengok tajuk je mesti ada rasa teruja kan. Alhamdulillah saya pernah merasai dapat duit raya awal dari Shaklee. Terhe...