Hanya berbaki 17 hari jika dipanjangkan umur, kita akan bertemu semula dengan Ramadhan Al-Mubarak. Bila sebut Ramadhan tentulah wajib berpuasa kan. Dan bila kita sebut pasal berpuasa ni salah satu elemennya adalah SAHUR. Keutamaan sahur sebagai satu amalan sunat yang amat dituntut ada dinyatakan dengan jelas oleh beberapa Hadis Nabi Muhammad S.A.W.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, Nabi S.A.W telah bersabda:
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً
“Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.”
Sahur juga menjadi amalan yang membezakan amalan puasa umat Islam dengan amalan puasa ahli kitab sebagaimana Hadis yang diriwayatkan oleh ‘Amr bin al-‘As RA, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ
“Perbezaan antara bagi puasa kita dan puasa ahli kitab adalah dengan makan sahur.”
Kita dah selalu dengar tentang kelebihan bersahur semua tu kan jadi hari ni saya nak berkongsi apakah jenis makanan yang bagus diambil. Adalah penting untuk kita mengetahui jenis makanan yang bersesuaian kerana kita berpuasa dalam jangka waktu 10-12 jam, satu jangka masa yang panjang dan kita memerlukan tenaga yang mencukupi untuk melakukan aktiviti harian tanpa terganggu.
Di bawah, saya senaraikan 3 jenis bahan makanan yang boleh disenaraikan dalam menu ketika bersahur nanti.
i) Daging
Kredit foto: orangmuo |
Daging adalah sejenis makanan yang mengandungi sumber tenaga yang tinggi. Hal ini kerana ianya kaya dengan sumber protein dan lemak. 1g protein dan lemak daripada daging telah menyumbang sebanyak 4 kcal dan 9 kcal tenaga. Daging mengandungi 9 jenis asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh badan untuk pembinaan otot yang sihat. Daging mengandungi kandungan kreatin yang tinggi di mana ianya dapat membantu untuk pembinaan otot dan meningkatkan kekuatan tubuh badan.
Taurin merupakan sejenis asid amino yang banyak terkandung di dalam daging. Antara fungsi penting taurine adalah mengekalkan keseimbangan elektrolit dan hidrasi tubuh badan, menjaga sistem saraf badan, menyokong kesihatan mata dan penglihatan dan melindungi sel di dalam tubuh badan. Dengan kandungan nutrisi ini, daging memang sesuai untuk dijadikan menu masakan.
ii) Telur
Kredit foto: neuroversiti.com |
Sebiji telur mampu membekalkan sebanyak 5.93g protein iaitu hamper sebanyak 1 hidangan protein (1 hidangan protein = 7-gram protein). Pengambilan protein di dalam diet harian dapat menyokong mencukupkan keperluan protein harian. Secara umumnya, seseorang individu yang sihat memerlukan sebanyak 0.8 g ke 1 g protein per 1 kg berat badan sehari. Selain dari sumber yang murah, kebiasaannya menu makanan berasaskan telur lebih mudah disediakan.
iii) Kekacang
Kredit foto: hellodoktor |
Kekacang penuh dengan nutrisi. Ia sumber utama phytoprotein atau protein bersumberkan tumbuhan dan lemak tak tepu. Selain Omega 3, kekacang juga tinggi dengan Vitamin E dan magnesium. Kekacang juga mengandungi sumber karbohidrat, mineral dan vitamin.
Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan serat dari makanan seperti kekacang dapat membantu dalam rawatan dan pencegahan beberapa isu seperti ulser usus, buasir dan penyakit refluks gastroesophageal (GERD). Mungkin bukan sebagai menu utama, tapi boleh je sediakan semangkuk kekacang sebagai kudapan selepas sahur.
Dari 3 senarai bahan tadi, apa kata ibu-ibu cuba pelbagaikan 3 jenis makanan di atas untuk hidangan sekeluarga. Moga sahur kali ini lebih berkhasiat dan lebih menyelerakan.
#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleeseremban
#shaklee
Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi
Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.
No comments:
Post a Comment