Showing posts with label Catatan Rohani. Show all posts
Showing posts with label Catatan Rohani. Show all posts

Sunday, March 5, 2023

Makanan Yang Mengenyangkan Ketika Sahur

sahur

Hanya berbaki 17 hari jika dipanjangkan umur, kita akan bertemu semula dengan Ramadhan Al-Mubarak. Bila sebut Ramadhan tentulah wajib berpuasa kan. Dan bila kita sebut pasal berpuasa ni salah satu elemennya adalah SAHUR. Keutamaan sahur sebagai satu amalan sunat yang amat dituntut ada dinyatakan dengan jelas oleh beberapa Hadis Nabi Muhammad S.A.W.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, Nabi S.A.W telah bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً

“Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.”

Sahur juga menjadi amalan yang membezakan amalan puasa umat Islam dengan amalan puasa ahli kitab sebagaimana Hadis yang diriwayatkan oleh ‘Amr bin al-‘As RA, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ

“Perbezaan antara bagi puasa kita dan puasa ahli kitab adalah dengan makan sahur.”

Kita dah selalu dengar tentang kelebihan bersahur semua tu kan jadi hari ni saya nak berkongsi apakah jenis makanan yang bagus diambil. Adalah penting untuk kita mengetahui jenis makanan yang bersesuaian kerana kita berpuasa dalam jangka waktu 10-12 jam, satu jangka masa yang panjang dan kita memerlukan tenaga yang mencukupi untuk melakukan aktiviti harian tanpa terganggu. 

Di bawah, saya senaraikan 3 jenis bahan makanan yang boleh disenaraikan dalam menu ketika bersahur nanti.

i) Daging

sahur
Kredit foto: orangmuo

Daging adalah sejenis makanan yang mengandungi sumber tenaga yang tinggi. Hal ini kerana ianya kaya dengan sumber protein dan lemak. 1g protein dan lemak daripada daging telah menyumbang sebanyak 4 kcal dan 9 kcal tenaga. Daging mengandungi 9 jenis asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh badan untuk pembinaan otot yang sihat. Daging mengandungi kandungan kreatin yang tinggi di mana ianya dapat membantu untuk pembinaan otot dan meningkatkan kekuatan tubuh badan. 

Taurin merupakan sejenis asid amino yang banyak terkandung di dalam daging. Antara fungsi penting taurine adalah mengekalkan keseimbangan elektrolit dan hidrasi tubuh badan, menjaga sistem saraf badan, menyokong kesihatan mata dan penglihatan dan melindungi sel di dalam tubuh badan. Dengan kandungan nutrisi ini, daging memang sesuai untuk dijadikan menu masakan.

ii) Telur

Kredit foto: neuroversiti.com

Sebiji telur mampu membekalkan sebanyak 5.93g protein iaitu hamper sebanyak 1 hidangan protein (1 hidangan protein = 7-gram protein). Pengambilan protein di dalam diet harian dapat menyokong mencukupkan keperluan protein harian. Secara umumnya, seseorang individu yang sihat memerlukan sebanyak 0.8 g ke 1 g protein per 1 kg berat badan sehari. Selain dari sumber yang murah, kebiasaannya menu makanan berasaskan telur lebih mudah disediakan. 

iii) Kekacang

Kredit foto: hellodoktor

Kekacang penuh dengan nutrisi. Ia sumber utama phytoprotein atau protein bersumberkan tumbuhan dan lemak tak tepu. Selain Omega 3, kekacang juga tinggi dengan Vitamin E dan magnesium. Kekacang juga mengandungi sumber karbohidrat, mineral dan vitamin.

Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan serat dari makanan seperti kekacang dapat membantu dalam rawatan dan pencegahan beberapa isu seperti ulser usus, buasir dan penyakit refluks gastroesophageal (GERD). Mungkin bukan sebagai menu utama, tapi boleh je sediakan semangkuk kekacang sebagai kudapan selepas sahur.

Dari 3 senarai bahan tadi, apa kata ibu-ibu cuba pelbagaikan 3 jenis makanan di atas untuk hidangan sekeluarga. Moga sahur kali ini lebih berkhasiat dan lebih menyelerakan. 


#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleeseremban
#shaklee


Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi



Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.





Monday, February 20, 2023

Surah Al-Insan


Ayat pertama dari Surah Al-Insan.

Surah Al-Insan


Jelas mengatakan kita berasal dari TIADA. 

Jangan pernah merasa kita orang harapan, viral sini sana, kononnya jika kita tiada orang lain akan susah. Itu tanda kita terpedaya dengan kelebihan diberikan Pencipta.

Jika dari TIADA Allah boleh mengadakan kita lalu sekelip mata sahaja Allah boleh mengembalikan kita kepada TIADA.

Ingat sentiasa mati, ingat mati tanda hati kita hidup. Sesungguhnya mereka yang bijak adalah mereka yang banyak mengingat mati.


Moga perkongsian ini membawa manfaat untuk sahabat sekalian


Nur Adha
Hamba Allah yang mencari jalan pulang


Saturday, February 4, 2023

Ujian - Tanda Kasih Sayang

 Ujian. Allah Ar Rahman.




Datang tanpa kita duga.
Datang membuatkan kita lemah.
Rasa sedih dan pedih.

Tapi, Allah Ya Rahman.
Allah yang Maha Penyayang yang mengadakan ujian itu.

Ujian dibuat dengan sangat sempurna.
Ujian yang diiringi dengan kasih sayang Allah Ar Rahman.

Disediakan kusyen untuk kita bersandar setiap kali kita rasa lemah.
Kasih sayang Allah melebihi kasih sayang ibu terhadap anaknya.

Allah Ar Rahman did not do this TO us, Allah Ar Rahman did it FOR us.

Kenapa diuji?

📌 Ujian tanda Allah sayang. Tanda kita sentiasa dalam pandangan Allah.
📌 Ujian untuk kita kembali pada Nya. Ada masa kita tersasar dan Allah mahu kita kembali maka diberikan ujian.
📌 Ujian untuk menaikkan darjat dan tingkatan iman.

📖 ❝...But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.❞
{Surah Al Baqarah 2: Verse 216}


Orang beriman bila diuji sentiasa merasakan ujian itu khayr kerana nampak Ar Rahman dalam setiap ujian.

Selalulah merasa yang kita selalu dalam ujian. Kerana rasa inilah yang sentiasa menjadi tali penghubung yang kuat antara kita,hamba dengan Allah Ar Rahman.

Moga dengan ujian,takwa dan tawakul kita semakin meningkat. Amin ya Rabb.

Thursday, November 4, 2021

Rezeki dari Ar-Razzaq


Bismillahi walhamdulillah wabihi nasta'in

Rezeki Itu PEMBERIAN bukan PERKONGSIAN.

Berkongsi itu barang satu dibahagi jadi 2 3 atau seumpamanya. Memberi itu adalah bukannya dibahagikan 1 menjadi 2 akan tetapi memang diberi mengikut bahagian yang telah ditetapkan oleh ALLAH sejak azali lagi.

BERKONGSI dengan MEMBERI dua hal yang berbeza. REZEKI itu adalah pemberian bukan perkongsian. Diberikan@direzekikan itu memang sudah termaktub bahagian untuk kita atau sesiapa yang telah ditetapkan untuk menerimanya dan sifat rezeki itu mencukupi malah sifatnya sentiasa ada dan mengalir tidak berhenti.

Berkongsi itu bahagian kita dibahagi-bahagi kepada 2 3 atau berapa yang dikongsi..Namun jika nisbah dengan rezeki yang datang daripada PEMILIK REZEKI itu tidak diambil daripada orang lain namun memang sudah tetap disediakan khusus untuk bahagian masing-masing.

Kerana itu REZEKI itu tidak mampu di URUS tadbir oleh MANUSIA dan satu pun MAKHLUK di atas muka bumi ini.

Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(Al Angkabut : 60)

Memahami SIFAT REZEKI yang sebenar akan menyebabkan REZEKI Itu mengalir dengan lebih mudah lagi kepada diri yang benar-benar BERTAWAKAL dan BERHARAP kepada MAHA PEMBERI REZEKI dengan benar-benar menjaga FAHAM yang Sebenar benar nya.

لَوْ أَنَّكُمْ تَوَكَّلْتُمْ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ، تَغْدُوا خِمَاصاً وَتَرُوْحُ بِطَاناً

"Sungguh seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, niscaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana rezekinya burung-burung. Mereka berangkat pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang sore hari dalam keadaan kenyang"

(HR Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Al-Hakim, Ibnu Hibban, dan Al-Mubarak dari Umar bin Khathab).

Nampak sama tetapi tidak serupa. Melihat dengan yang BENAR.

Wallahua'lam.

-Kalam Ustaz Farid Abu Auliyaa

Wednesday, November 3, 2021

Berubah


 Bukan sebab TERLALU SUSAH untuk BERUBAH dan MENGENAL ALLAH,namun diri ini yang TERLALU AMBIL MUDAH sehingga mengenal ALLAH itu dianggap SUSAH. Berubah itu dianggap PAYAH. Akhir sekali disalahkan pula BERUBAH ITU yang SUSAH, Sedangkan sangat MUDAH disisi ALLAH untuk buat kita BERUBAH.

Tuesday, November 2, 2021

Ketua Bidadari

 Impian MENJADI KETUA BIDADARI adalah impian PALING TINGGI bagi seorang ISTERI mahupun wanita di dunia ini. Impian itu bukanlah MIMPI, ianya REALITI jika MAHU MEYAKINI dan berusaha menghilangkan MAZMUMAH dalam DIRI serta tidak DITIPU OLEH DUNIAWI yang sibuk menyuruh untuk menonjolkan DIRI, dan ianya adalah TUGAS PALING TINGGI bagi seorang SUAMI dan juga LELAKI.

Monday, November 1, 2021

Suami dan Isteri

 Bismillahi walhamdulillah wabihi nasta'in




Lelaki yang bergelar SUAMI itu tetap ukuran kejayaannya yang UTAMA dan yang akan ditanya oleh MAHA PENCIPTA adalah hal keadaan bagaimana dirinya MENDIDIK PARA ISTERINYA dan JUGA ANAK2 nya untuk TAAT kepada ALLAH YANG MAHA ESA.

Tidak kiralah besar mana pengikutnya,besar mana legasinya, kuat mana kerja dakwahnya diluar sana tetap yang dilihat yang utama adalah PERANAN dirinya terhadap ahli keluarganya.

Beruntunglah para SUAMI yang menjadikan VISI dan Misi Kejayaan hidupnya adalah melihat sejauh mana Ahli keluarganya untuk TAAT kepada MAHA PENCIPTA.

Terutama para ISTERINYA, adakah di dalam hati para isterinya masih ada KETAKUTAN selain ALLAH terutama TAKUT tiada JAMINAN daripada seorang manusia atau masih mengharap JAMINAN terhadap HARTA BENDA.

PARA ISTERI pula, yang tetap dilihat KEJAYAAN yang utama pada dirimu adalah adalah sejauh mana kedudukan dirimu terhadap suamimu, adakah menjadi penguat agar suami menjadi bertambah TAAT. Atau hanya rancak ajak BERDEBAT. Mengeluh banyak sebab TAAT tidak dibalas NIKMAT.

Beruntunglah para ISTERI yang menjadikan VISI dan MISI hidupnya adalah untuk menjadi penguat TAAT pembangun ummat untuk suami dan anak-anaknya.

Semoga Allah permudahkan segala NIAT baik dan azam yang benar bagi para SUAMI dan ISTERI yang berusaha bersungguh2 untuk membina keluarga yang penuh dengan RAHMAT agar kembali bertemu ALLAH dengan ganjaran Nikmat tanpa HAD.


Wallahua'lam.

-Kalam Ustaz Farid Abu Auliyaa

Sunday, October 31, 2021

Fitnah Harta dan Wanita


 Bismillahi walhamdulillah wabihi nasta'in

"BERHATI-HATI LAH"
Gunakan alasan ada HARTA boleh buat pahala, hakikatnya dalam diam2 HATInya sudah jatuh cinta dengan HARTA. Akhirnya lebih banyaknya nampak manfaat hidup ada HARTA daripada manfaat hidup ada PAHALA.

daripada Abu Sa’id al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ

Maksudnya: “Berhati-hatilah dengan dunia dan berhati-hatilah dengan (fitnah) wanita. Sesungguhnya fitnah terawal yang berlaku pada golongan Bani Israil adalah pada wanita.” [Riwayat Muslim (2742)].

Asalnya nak berikan layanan sebaik-baiknya terhadap ISTERInya, dalam diam layanan itu bertukar menjadikan ISTERINYA hanya nampak suami itulah HIDUP dan MATINYA sehingga lupa asal muasal di satukan adalah untuk menyatakan KEKUASAAN-NYA.

Buat KEBAIKAN untuk memenangi HATI ISTERI istilah trending masa kini "beli JIWA" ISTERI akhirnya tidak berharap untuk mendapatkan REDHO ILAHI. Lebih TAKUTkan murka ISTERI daripada murka ILAHI.

Daripada Usamah bin Zaid RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ

Maksudnya: “Tidak aku tinggalkan selepas daripadaku yang lebih berbahaya ke atas kaum lelaki daripada wanita.” [Riwayat al-Bukhari (5096) dan Muslim (2740)]


Wallahua'lam.

-Kalam Ustaz Farid Abu Auliyaa

Saturday, October 30, 2021

Insan Paling Bermanfaat


 
Bismillahi walhamdulillah wabihi nasta'in

Ciri manusia yang bermanfaat itu adalah yang punyai MASA lalu dipilih ALLAH berkhidmat untuk AGAMANYA semata-mata mencari akan REDHO-NYA.
Punyai HARTA, namun dipilih ALLAH untuk tidak sibuk dengan HARTAnya serta digunakan untuk JALAN AGAMA.
Punyai tenaga, namun dipilih ALLAH untuk BERKHIDMAT tanpa mengenal jemu dan erti putus asa.
Punyai CINTA, dihilangkan olehNYA rasa KETAKUTAN di dalam JIWAnya agar mampu menikmati CINTA dengan sepenuh jiwa.
Beruntunglah mereka yang ALLAH pilih menjadi manusia yang bermanfaat, sudah pasti besar kebaikannya pada UMMAT sejagat.
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia” (HR. Ahmad, ath-Thabrani, ad-Daruqutni. Hadits ini dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ no:3289).
Semoga ALLAH pilih kita menjadi manusia yang paling bermanfaat. Amin2 Ya Rabb..
Wallahua'lam.

-Kalam Ustaz Farid Abu Auliyaa

Friday, October 29, 2021

Akhir Zaman



Takutlah dengan apa yang Nabi SAW takutkan.

Nabi SAW tidak takutkan akan keadaan peristiwa tentang akhir zaman,

tetapi Nabi SAW takutkan akan keadaan UMMATNYA yang lemah IMAN di akhir zaman kerana tertipu oleh PERASAAN serta KEDUNIAAN.

Bukan TEORI KONSPIRASI DAJJAL yang dibimbangkan,

akan tetapi lemahnya KEYAKINAN akan JANJI ALLAH untuk mendapatkan GANJARAN yang telah dijanjikan.

Thursday, October 28, 2021

Siri Kebenaran Ustaz Farid Abu Auliya (2)

 Bismillahi walhamdulillah wabihi nasta'in

Ada yang ISTIQAMAH berikan TENAGA ke jalan AGAMA yakni menuntut ILMU.
Ada yang ISTIQAMAH berikan MASA ke jalan AGAMA untuk menuntut ILMU.
Ada yang ISTIQMAH berikan HARTA ke jalan AGAMA untuk menuntut ILMU.

TENAGA,MASA HARTA yang diberikan ISTIQAMAH ke jalan AGAMA untuk menuntut ILMU ALLAH akan gantikan dengan AMAL yang ISTIQMAH yang menjadi ASBAB pahala bagi dirinya yang mana merupakan bentuk KEUNTUNGAN di DUNIA dan di AKHIRAT.
Iaitu :

Di dunia terhindar daripada BALA BENCANA dan KEHANCURAN yang MEROSAKKAN.
Di akhirat terhindar daripada masuk ke dalam NERAKA JAHANNAM.

Setiap KESUNGGUHAN pasti ditemukan dengan KENIKMATAN yang berkekalan.

Wallahua'lam.

Wednesday, October 27, 2021

Siri Kebenaran Ustaz Farid Abu Auliya (1)


 

Selagi mana masalah KEHIDUPAN dikatakan tiada kena mengena dengan AGAMA(IMAN),

malah mengaku pula sudah tahu tentang AGAMA(IMAN),

selagi itulah tidak akan jumpa jalan penyelesaiannya malah semakin nampak pula kesengsaraannya.

Jika benar ada AGAMA pasti tidak bertemu dengan SENGSARA

kerana AGAMA itu menjanjikan BAHAGIA di dunia dan di Akhirat sana.

Semoga الله tetapkan HATI kita untuk tetap di dalam AGAMANYA

istiqamah di dalam KETAATAN kepada NYA.

Monday, March 8, 2021

Bicara Qolbu

 Wirid adalah rotasi zikir yang datang dari qolbu

Zikir berulangkali itulah wirid

Solat 5 waktu itu juga wirid

Dan mengingati Allah berulang-ulang kali di luar waktu juga wirid


Nafsu ditundukkan dengan zikir berterusan

Nafsu ditundukkan dengan wirid tanpa henti

Nafsu ditundukkan dengan sentiasa ingat akan Dia, Allah Tuhan sekelian alam


Lebihkan zikir

Bukan lebihkan fikir


Zikir af'al 

Zikir dengan perbuatan

Zikir dengan sebutan

Zikir dengan melihat kekuasaan dan kebesaran Allah


Diikuti pula zikir qalbi

Zikir dari jiwa

Hati cukup dengan Allah

Hati berhajat hanya dengan Allah

Di mulut berterima kasih sesama makhluk

Di hati ia memuji kehebatan Allah


24 jam

ada masa dengan sebutan

ada masa dengan perbuatan

namun sepanjang masa mengingati di dalam qolbu


Bersihkan hati?

Wajib sepanjang masa

Sunday, March 7, 2021

Dunia dan Masam

 Dunia ini makamnya perlu sahaja

Bukan makamnya dunia ini mahu

Bila dunia ini diletakkan makam mahu

Cepatlah bangkit kembali kepada Yang Maha Esa


Ambil dunia sekadarnya

Kerna dunia ini sifatnya masam

Nak neutralkan dunia perlukan kesabaran dan kebenaran

Terlebih masam, sakit dan pedih pula kehidupan insan


Pahit itu penawar

Pahit itu ubat

Tapi seramai mana yang maukan kepahitan

Kepahitan adakala dipaksakan kerana Allah maukan kita kembali ke jalanNya

Maka tempuh dan kunyah sahaja kepahitan itu

Itula sebaik-baik penawar


Cebisan ilmu tentang dunia dan kehidupan.


Nak Dapat Duit Raya Awal Dari Shaklee?

Assalamualaikum semua. Tengok tajuk je mesti ada rasa teruja kan. Alhamdulillah saya pernah merasai dapat duit raya awal dari Shaklee. Terhe...