Showing posts with label Intermittent fasting. Show all posts
Showing posts with label Intermittent fasting. Show all posts

Tuesday, February 14, 2023

Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee - Kombo Terbaik

Badan berat. Selalu kena tinggal bila berjalan beramai-ramai. Kena ejek "kenderaan berat". Benda yang biasa dialami oleh mereka yang berbadan 'comel'. Slogan "gemuk is awesome" hanyalah penyedap kata. Hakikatnya hanya mereka sendiri yang merasai jerih perit bila berbadan besar ni. Pernah ke terbayang dari kurus jadi membesar bagai juara.

Berat saya pernah mencecah 78kg. Hasil pengambilan moreh (makanan berat) sepanjang Ramadhan dan pengambilan minuman viral gelas besar (berunsurkan susu pekat manis). Dari berat yang sihat (60kg) terus menuju puncak hingga hampir 80kg. Menyesal? Mulanya tak rasa pun makin membesar. Tapi bila nak raya dan tengok saiz berubah dari L ke XXL, memang terkesima jugaklah huhuhu. Nak buat camno? Pilihan sendiri kan. Masa ni memang teringat sangat dengan Set Kurus Shaklee yang awesome tapi tu la teringat je la hahaha.

Kesedaran timbul masa penghujung 2022.Ye lah kan sampai bila nak terus membesar. Apatah lagi bila usia meningkat, risiko pun makin tinggi. Saya memulakan journey pengurusan berat badan ni dengan melakukan Intermittent Fasting dan puasa sunat Isnin-Khamis. Nampak perubahan cuma craving pada karbohidrat dan gula masih tinggi. Patutnya dua benda ni lah perkara utama kena avoid kan.

Kemudian, bila saya teliti semula set-set yang Shaklee sediakan, hati ni sangat tertarik dengan Set Kurus Shaklee ni. Set kurus Shaklee ni lengkap dengan nutrein protein untuk pembinaan otot, ada ejen pembakaran lemak dan ejen untuk mencuci usus jugak. Menarik kan.

Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee - Kombo Terbaik

Inilah dia Set Kurus Shaklee yang awesome tu. Set ini ditambah pula dengan Vivix memang memberi kesan yang sangat optimum untuk menurunkan berat badan. Meh saya ceritakan fungsi setiap produk yang ada dalam Set Kurus Shaklee:

Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee - Kombo Terbaik

1) Cinch Chocolate

Cinch Shake dari Shaklee ialah sebuah minuman rendah kalori (180 kcal sahaja). Dalam Set Kurus Shaklee, Cinch Shake bertindak sebagai pengganti makanan (meal replacement). Ia memiliki protein yang lengkap dengan 20 multivitamin, kalsium, leucine dan serat.

Leucine adalah asid amino penting, bertanggungjawab untuk pertumbuhan dan penyelenggaraan otot. Oleh kerana badan kita tidak menghasilkan leucine, ia mesti diperolehi daripada sumber pemakanan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa leucine bermanfaat dalam:

Menggalakkan penghasilan otot.1
Menyokong pertumbuhan otot tanpa lemak.1
Menyokong pemulihan otot.1
Mengurangkan keletihan otot selepas senaman.1

Rujukan:
Mero, A. Leucine Supplementation and Intensive Training. Sports Med 27, 347–358 (1999) doi:10.2165/00007256- 199927060-00001

Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee - Kombo Terbaik

2) Omega Guard Shaklee

OmegaGuard menyediakan spektrum luas asid lemak penting Omega-3 tulen, secara semula jadi ditemui dalam ikan air sejuk yang kecil. Setiap hidangan mengandungi 1080mg Omega-3 pekat (540 mg EPA yang memberi manfaat kepada kesihatan anda dan 360 mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal).

Omega Guard Shaklee bertindak dengan menyingkirkan lemak lemak dibadan. Disamping itu juga Omega Guard Shaklee mengandungi Omega-3 Fatty Acid yang mengawal pelbagai jenis hormon di dalam badan, termasuklah hormon LEPTIN, yang berfungsi mengawal selera makan kita. dan membantu kita mengawal rasa lapar.

Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee - Kombo Terbaik

3) Lecithin Shaklee

Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kacang soya organik di mana setiap kapsul mengandungi 518mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol. Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan.

Lecithin adalah ‘pengemulsi semulajadi‘ yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran.

Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee - Kombo Terbaik

4) Herb Lax Shaklee

Herb-Lax ni merupakan herba traditional yang terdiri daripada 9 jenis herba seperti alfalfa leaves, senna leaves, anise seeds, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver’s root.

Herb-Lax Shaklee ni memang menyokong sistem pencernaan yang sihat dengan menghasilkan gabungan herba terpilih agar dapat membantu gangguan pencernaan.

Fungsi setiap herba terpilih dalam Herb-Lax:

Senna Leaves – membantu merangsang pembersihan yg lembut pada usus dan perut serta percepatkan proses detoksifikasi agar dapat mengurangkan penyerapan lemak.
Alfalfa leaves – membantu membersihkan usus, darah dan hati.
Buckhorn bark – Melembutkan najis agar memudahkan pergerakan najis dalam usus
Licorice Root – Membantu proses detoksifikasi.
Fennel seeds – Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan atau pengambilan alkohol, membantu pencernaan serta membantu mengatasi masalah sembelit dan kembung perut.
Anise seeds – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.
Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik semulajadi.
Blue Malva Flower – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
Culver’s root – Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.


Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee - Kombo Terbaik

5) Vivix Shaklee

Vivix adalah merupakan suplemen yang sangat premium daripada Shaklee yang tinggi dengan kandungan antioxidant. Vivix adalah satu-satunya supplement yang berjaya menembusi sel sehingga ke peringkat DNA. Vivix merupakan minuman botani anti-aging atau anti penuaan yang terbaik dan bagus untuk kesihatan menyeluruh.

Dalam Set Kurus Shaklee, Vivix bertindak sebagai booster atau pemangkin untuk membantu proses penurunan berat badan.

Next step saya untuk meneruskan perjalanan pengurusan berat badan saya selain berIntermittent Fasting adalah dengan menggunakan Set Kurus Shaklee. Nak kurus dengan bernutrisi dan sihat. Itulah target saya. Doakan ye kawan-kawan.

Untuk bacaan tambahan berkaitan Set Kurus Shaklee, boleh ke entry yang ditulis sahabat saya ni ye Set Kurus Shaklee Premium Berkesan

#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleeseremban
#shaklee


Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi



Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Thursday, February 9, 2023

Intermittent Fasting - Perjalanan Awal

 Intermittent fasting atau IF. IF? IF ni apa?

Sebelum saya menulis lebih panjang,meh saya kongsikan IF ni apa. Intermittent Fasting (IF) bermaksud puasa dalam tempoh tertentu dan pengambilan minuman seperti air kosong dan minuman tanpa gula (teh hijau, kopi kosong dan lain-lain minuman yang tanpa kalori serta gula) dibenarkan dalam tempoh berpuasa. Tempoh puasa pula termasuk waktu tidur.

Intermittent Fasting - Perjalanan Awal

Ramai yang bertanya, bagaimana nak mulakan IF? Jadi saya kongsikan di sini serba sedikit bagaimana Intermittent Fasting ni boleh dilakukan.

Ini antara langkah yang saya ambil ketika mula-mula nak berIntermittent Fasting.

1. Niat/Tujuan

Apa niat utama nak buat Intermittent fasting ni? Nak turun berat semata atau nak lebih sihat? Saya pilih untuk lebih sihat kerana Allah. Saya ada sejarah GDM (gestational diabetes mellitus) dan ada keturunan diabetes,maka perlunya pencegahan awal untuk saya tidak mewarisi penyakit ini.

2. Target

Target ni saya tak letak spesifik berapa berat nak turun. Tapi saya letakkan target berapa lama saya nak ber Intermittent fasting ni. Berat turun tu bonus pada saya. Kenapa saya tak letak target berat turun? Sebab saya nak jadikan Intermittent Fasting ni lifestyle saya. 

3. Disiplin & Konsisten

Kalau tak mampu nak disiplin, memang sangat susah. Kena latih diri untuk konsisten dan tekad untuk terus buat.

Intermittent Fasting - Perjalanan Awal

4. Tetapkan Jadual Intermittent Fasting

Intermittent Fasting lebih kepada fleksibiliti, apa yang diri sendiri mampu lakukan. Jangan buat di luar kemampuan diri. Kunci utama untuk melakukan intermittent fasting ni adalah konsisten. Intermittent Fasting ada pelbagai regim contohnya 12:12, 16:8, dan 20:4. Jadi, pemilihan regim yang sesuai dengan tubuh badan dan masa perlu diambilkira.

Saya betul-betul buat Intermittent fasting bermula pada hujung 2022, dalam bulan 10. Saya mula rekod masa Intermittent Fasting menggunakan apps. Saya mulakan dulu dengan 12:12. Maksudnya 12 jam berpuasa adalah bermula pada 7 malam dan berakhir pada 7 pagi esoknya. Pukul 7 pagi baru saya makan. Saya amalkan beberapa bulan, untuk biasakan perut dan diri dengan jadual makan yang dah berubah. 

Sekarang saya cuba adjust pula dengan regim Intermittent fasting 16:8.Waktu puasa dipanjangkan lagi dari 12 jam ke 16 jam. Jadi saya berbuka pada waktu makan tengahari. Regim ni seakan kita skip sarapan dan tgerus ke lunch. Alhamdulillah setakat ini dan sehingga ke hari ini, badan boleh menerima waktu puasa lebih lama. 

Nak ber intermittent fasting ni memang ambil masa dan kena bersabar. Kadang-kadang berjaya dan ada masa tak berjaya tapi tak mengapa, semua bergantung pada diri sendiri, boleh berbuka, makan dan mulakan semula sesi intermittent fasting pada hari lain. Tapi penting juga untuk konsisten supaya badan dapat membaca rentak yang kita cuba aturkan. 

Paling mudah untuk mulakan Intermittent Fasting ialah selepas makan malam/sebelum tidur kerana secara teknikalnya kita ‘berpuasa’ semasa kita sedang tidur. Bila bangun pagi kita terus sambung berpuasa sehingga tiba waktu berbuka. 

Untuk memudahkan beginners melakukan Intermittent Fasting ini, digalakkan berpuasa pada waktu malam iaitu berhenti makan pada waktu tertentu di sebelah malam. Jika anda berhenti makan pada jam 8.00 malam, anda akan berbuka puasa selepas 16 jam iaitu pada pukul 12.00 tengahari keesokan harinya. Begitulah seterusnya.

Kepada yang baru berjinak-jinak untuk memulakan Intermittent Fasting, disarankan untuk mencuba berpuasa 12 jam terlebih dahulu. Sekiranya badan anda boleh menerima kaedah ini, anda boleh meneruskan dengan 14 jam berpuasa dan seterusnya 16, 18, 20 jam berpuasa. 


Intermittent Fasting - Perjalanan Awal


5. Elakkan Gula


Nak lebih berjaya dalam Intermittent Fasting adalah dengan meninggalkan gula. Tips paling penting untuk yang cuba turunkan kadar gula dalam darah/diabetic. Elakkan gula juga sangat bagus sebenarnya untuk yang nak turunkan berat. Mulakan dengan berhenti minum air manis. Kalau tak mampu berhenti, kurangkan. Tetapi saya sendiri memang berhenti minum air manis dengan gantikan dengan air kosong, air lemon tanpa gula, green tea, coffee o kosong & air kosong dicampur ACV.

Ni antara step awal yang saya lakukan ketika mula-mula ber Intermittent Fasting ni. Senaman? Adakalanya buat senaman ringan. Dapat berjalan setengah jam 2-3 kali dalam seminggu sudah memadai. Dalam pengurusan berat badan kawalan pemakanan menyumbang 80%. Nak sihat dan bonus kurus, boleh mulakan dengan langkah berpuasa sunat Isnin-Khamis dahulu dan hari lain kita ber Intermittent Fasting pula. Buat dengan enjoy dan senang hati.

Korang masih nak tau banyak lagi tentang info Intermittent Fasting? Jemput baca Ada risiko buat Intermittent Fasting? hasil tulisan sahabat saya. Sehingga bertemu lagi di lain coretan. Semoga perkongsian ini memberi bermanfaat.

#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleeseremban
#shaklee

Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi

Nak Dapat Duit Raya Awal Dari Shaklee?

Assalamualaikum semua. Tengok tajuk je mesti ada rasa teruja kan. Alhamdulillah saya pernah merasai dapat duit raya awal dari Shaklee. Terhe...