Tuesday, July 26, 2022

Kita Hanya Hamba



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



.
.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
.
لِّكَيلا تَأسَوا عَلىٰ ما فاتَكُم وَلا تَفرَحوا بِما ءآتٰكُم ۗ وَاللهُ لا يُحِبُّ كُلَّ مُختالٍ فَخورٍ
.
(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.
.
.
Dalam ayat ni, pertamanya, kita kena sedar kita ni sebenarnya kat level mana. Jika kita sedar kita ni hanya level hamba Allah. in syaa Allah apa jua keadaan yang kita lalui kita akan dapat menerima.
.
.
Apa maksud hamba? Kita zaman sekarang ni tak familiar dengan hamba tapi basicnya hamba ni hanya boleh menurut perintah tuannya sahaja. Kalau dulu-dulu, kata la tuan suruh bangun jam 2 pagi cari kayu api, maka kena la bangun cari kayu api. Tak boleh menolak.
.
.
Sama juga sebenarnya dalam konteks kita sebagai hamba Allah. Semua suruhan Allah dan laranganNya wajib kita dengar dan patuh tanpa kompromi.
.
.
Jika Allah memberi ujian/musibah, membawa maksud kita dalam perhatianNya, sentiasa dalam pengawasanNya. Ujian sakit, sedikit kelaparan, sedikit takut, diuji dengan kehilangan anak, harta benda semua tu tanda kasih sayangNya.
.
.
Bila diuji ye, kita akan rasa lemah, sedih tapi Allah dah pesan siap-siap jangan kita sedih atau putus asa tau. Sebab Allah nak beri ganjaran besar jika kita sabar dan terima ujian tersebut.
.
.
Macam tu jugak, kalau kita diberi kejayaan. Jangan kita sangka kejayaan tu kerana usaha kita. Tak pun. Usaha kita wajib buat sebab kita hamba tapi kena ingat usaha kita tak beri kesan pun tanpa izin dari Allah.
.
.
Allah nak ingatkan kita yang kita ini semua dalam takluk Dia dan usaha kita tidak memberi bekas melainkan dengan izinNya. Maka kerana itu sekali sekala Allah beri kejayaan dan sekali sekala Allah beri kesusahan kepada kita. Untuk ingatkan perkara ini. Ini supaya kita tidaklah terlalu terkesan dengan apa yang berlaku. Apa sahaja yang berlaku, kita tetap ingat kepada Allah.
.
.
Kata kunci kedua-dua ni adalah SABAR dan SYUKUR.
Tidak berjaya - kena SABAR
Bila berjaya - wajib SYUKUR
.
.
Nampak mudah kan nak buat dan in syaa Allah ia mudah. Minta dengan Allah agar kita dapat menjadi hamba yang bersabar dan bersyukur dalam apa jua yang kita lalui.
.
Moga kita beroleh redha dan kasih sayang Allah, in syaa Allah


Nur Adha
Sayang sampai syurga

Friday, July 8, 2022

Zikir Hari Arafah

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
.
.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
.
Pagi ni saya nak berkongsi zikir
terbaik
untuk kita baca sepanjang hari Arafah adalah seperti yang disebutkan dalam hadis sahih ini:
.
.
“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,
.
“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”.
La Ilaaha IllAllah wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli syai-in qadir
*Maksudnya: Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
(Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)
.
.
Dalam penghujung Surah Al-Hajj ada kalimah
وَاعتَصِموا بِاللهِ
dan berpeganglah kamu kepada Allah.
.
.
Dalam ayat ini Allah suruh berpegang denganNya.
.
.
Dalam surah Ali-Imran ayat 103, Allah suruh berpegang dengan ‘tali Allah’. Maksud ‘tali Allah’ itu adalah Qur’an dan memang kita kena selalu baca Qur’an.
.
.
Tetapi dalam surah Al-Hajj ni kita disuruh berpegang ‘dengan Allah’. Apa maksudnya di sini? Ia bermaksud adalah dengan merapatkan diri dengan Allah. Kita kena cari jalan untuk merapatkan diri dengan Allah.
.
.
Ye 10 Zulhijjah nanti kita akan berhari raya tetapi 9 Zulhijjah ni kita kena ambil masa, duduk bersama keluarga dan peruntukkan masa untuk membina 1 hubungan istimewa dengan Allah pada hari Arafah ini.
.
.
Oleh itu, zikir di atas sangat dianjurkan untuk kita sama-sama membaca dan beramal dengannya. Zikir ini biasa kita baca dan mari kita fahami apa maksud di sebalik zikir ini.
.
.
“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ
Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya
.
.
Allah mempunyai 99 nama yang wajib kita ketahui. Dan ia menunjukkan yang hanya Allah menjadi sumber dan the only resources yang kita ada.
.
.
Maksud di sini kita ambil contoh Ya Rahman, Yang Maha Penyayang. Kasih sayang yang kita ada bersumberkan dari kasih sayang Allah. Allah meminjamkan sifat penyayangNya maka dapatlah kita berkasih sayang sesama manusia dan makhluk di atas muka bumi ini.
.
.
Begitu juga rezeki dari nama Allah, Ya Razzaq (Maha Memberi Rezeki). Udara, air, keperluan asas diberikan secara percuma oleh Allah tanpa perlu kita meminta pun. Tak pernah pulak rasanya kita berdoa dicukupkan oksigen untuk kita sedut setiap hari kan.
.
.
Allah adalah sumber segala-galanya maka apabila kita membaca zikir ini dan dapat mengaitkan apa yang Allah dah beri pada kita dengan sifat serta kebesaran Allah memang akan ada satu feeling yang sangat berbeza.
.
.
Ternyata Allah itu Maha
Hebat
dan tiada apa yang serupa denganNya.
.
.
Moga perkongsian ini membawa manfaat untuk sahabat sekalian
.
.
Nur Adha
Hamba Allah yang mencari jalan pulang

Nak Dapat Duit Raya Awal Dari Shaklee?

Assalamualaikum semua. Tengok tajuk je mesti ada rasa teruja kan. Alhamdulillah saya pernah merasai dapat duit raya awal dari Shaklee. Terhe...