Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
.
.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
.
لِّكَيلا تَأسَوا عَلىٰ ما فاتَكُم وَلا تَفرَحوا بِما ءآتٰكُم ۗ وَاللهُ لا يُحِبُّ كُلَّ مُختالٍ فَخورٍ
.
(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.
.
.
Dalam ayat ni, pertamanya, kita kena sedar kita ni sebenarnya kat level mana. Jika kita sedar kita ni hanya level hamba Allah. in syaa Allah apa jua keadaan yang kita lalui kita akan dapat menerima.
.
.
Apa maksud hamba? Kita zaman sekarang ni tak familiar dengan hamba tapi basicnya hamba ni hanya boleh menurut perintah tuannya sahaja. Kalau dulu-dulu, kata la tuan suruh bangun jam 2 pagi cari kayu api, maka kena la bangun cari kayu api. Tak boleh menolak.
.
.
Sama juga sebenarnya dalam konteks kita sebagai hamba Allah. Semua suruhan Allah dan laranganNya wajib kita dengar dan patuh tanpa kompromi.
.
.
Jika Allah memberi ujian/musibah, membawa maksud kita dalam perhatianNya, sentiasa dalam pengawasanNya. Ujian sakit, sedikit kelaparan, sedikit takut, diuji dengan kehilangan anak, harta benda semua tu tanda kasih sayangNya.
.
.
Bila diuji ye, kita akan rasa lemah, sedih tapi Allah dah pesan siap-siap jangan kita sedih atau putus asa tau. Sebab Allah nak beri ganjaran besar jika kita sabar dan terima ujian tersebut.
.
.
Macam tu jugak, kalau kita diberi kejayaan. Jangan kita sangka kejayaan tu kerana usaha kita. Tak pun. Usaha kita wajib buat sebab kita hamba tapi kena ingat usaha kita tak beri kesan pun tanpa izin dari Allah.
.
.
Allah nak ingatkan kita yang kita ini semua dalam takluk Dia dan usaha kita tidak memberi bekas melainkan dengan izinNya. Maka kerana itu sekali sekala Allah beri kejayaan dan sekali sekala Allah beri kesusahan kepada kita. Untuk ingatkan perkara ini. Ini supaya kita tidaklah terlalu terkesan dengan apa yang berlaku. Apa sahaja yang berlaku, kita tetap ingat kepada Allah.
.
.
Kata kunci kedua-dua ni adalah SABAR dan SYUKUR.
Tidak berjaya - kena SABAR
Bila berjaya - wajib SYUKUR
.
.
Nampak mudah kan nak buat dan in syaa Allah ia mudah. Minta dengan Allah agar kita dapat menjadi hamba yang bersabar dan bersyukur dalam apa jua yang kita lalui.
.
Moga kita beroleh redha dan kasih sayang Allah, in syaa Allah
Nur Adha
Sayang sampai syurga
No comments:
Post a Comment