Friday, March 5, 2021

Terapi Cinta Rumi I

 Terapi Cinta Rumi


Bukanlah aku, seperti seekor singa perkasa, mampu tundukkan musuh-musuhku.


Jika ku dapat tundukkan diriku sendiri, cukuplah itu bagiku.


Sungguhpun aku, serendah-hitam tanah, kerana yang ku rawat adalah sebutir bibit bernama Cinta, kan kutumbuh-kembangkan bunga lili putih di padang rumput.


Ketika aku dalam gelap gulita merintihkan perpisahan, selalu ku yakin aku akan menembus, menebarkan cahaya, di tengah gelapnya malam.


Ada api bernyala dalam diriku, walau ragaku pucat dan lusuh.


Kerana aku akan membubung naik, bagai asap, keluar menembus penjaraku.


Aku seorang anak kecil, guruku adalah Cinta, tentu guruku takkan biarkan ku tumbuh jadi seorang bodoh.


Sumber:

Jalaluddin Rumi, Divan-i Syamsi Tabriz, ghazal 1523.

Terjemahan ke Bahasa Inggris oleh Nader Khalili, dalam Rumi: Fountain of Fire, Burning Gate Press, 1994.


https://t.me/terapicintarumi

No comments:

Post a Comment

Nak Dapat Duit Raya Awal Dari Shaklee?

Assalamualaikum semua. Tengok tajuk je mesti ada rasa teruja kan. Alhamdulillah saya pernah merasai dapat duit raya awal dari Shaklee. Terhe...