Pernah bermula dengan blog. Dan kalini saya mengambil keputusan untuk kembali berblog juga. Alhamdulillah Allah buka jalan ni bila upline saya pula menganjurkan PROJEK BLOG MEGA SHAKLEE.
Projek Blog Mega Shaklee adalah inisiatif yang sangat berjaya dan memberi banyak manfaat kepada komuniti Shaklee. Selain itu projek ini sangat membantu mereka yang mencari maklumat tentang kesihatan dan kecergasan. Projek Blog Mega Shaklee ini melibatkan 220 orang ahli dibawah organisasi Euphoria (pimpinan Master Norita Idris) yang juga terdiri daripada pengedar Shaklee yang menulis blog dan berkongsi maklumat tentang produk Shaklee dan gaya hidup yang sihat.
Luas tapak tangan, in shaa Allah segala usaha saya curahkan. Projek Blog Mega Shaklee ni Allah alirkan kepada saya sebagai pembuka rezeki. Moga dalam berkongsi mengenai kesihatan dan kewangan, saya dapat juga berkongsi ilmu dan pengalaman buat menjadi bekalan pahala ke negeri akhirat yang kekal abadi in shaa Allah.
Antara perkara yang menarik saya untuk bersama-sama dalam Projek Blog Mega Shaklee ni adalah saya dapat menulis dengan lebih baik. Jika sebelum ini, menulis di blog secara semberono. Tapi dalam Projek Blog Mega Shaklee, kami diberi tips bagaimana nak membuat penulisan yang baik untuk mencapai SEO. Blog adalah salah satu medium pengiklanan yang bagus. Walaupun dunia kini sedang sibuk dengan media sosial namun peranan "search engine" masih sangat relevan. Justeru atas sebab itu, saya mengambil keputusan untuk kembali berblogging.
Saya join Projek Blog Mega Shaklee ni untuk kembali mengasah kemahiran menulis. Tapi kan, Alhamdulillah rezeki dariNya, tak sangka dapat hadiah sekotak Nutriferon dari Master Norita Idris. Terima kasih banyak-banyak, Master.
#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleeseremban
#shaklee
Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi
Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.
No comments:
Post a Comment