Saturday, March 11, 2023

Nak Dapat Duit Raya Awal Dari Shaklee?

duit raya shaklee

Assalamualaikum semua.

Tengok tajuk je mesti ada rasa teruja kan. Alhamdulillah saya pernah merasai dapat duit raya awal dari Shaklee. Terhenti sekejap sebab stop berbisnes dan kini saya kembali nak bergiat aktif dengan Shaklee. Tapi ada ke cara nak dapatkan duit raya awal dari Shaklee ni? Boleh sebenarnya. Nak tau lebih lanjut, jemput baca perkongsian saya di bawah.

Langkah Untuk Dapat Duit Raya Awal Shaklee

i) Mendaftar Keahlian Shaklee

Sekarang ni nak mendaftar keahlian Shaklee sangat mudah. Ada dua cara:
i) Membuat bayaran keahlian sebanyak RM35 atau
ii) Membuat pembelian mana-mana set yang Shaklee dah sediakan dan dapat keahlian percuma.

Lebih mudah lagi, kini Shaklee telah sediakan link pendaftaran untuk anda terus daftar isi form dan terus buat bayaran atau belian melalui debit atau kredit.

ii) Buat pembelian produk Shaklee

Di Shaklee kami tidak memaksa ahlinya untuk berbisnes namun kami menekankan yang ahli berdaftar layak dapatkan duit raya awal Shaklee bermula bulan Mac 2023. Ahli biasa yang tidak berbisnes tapi mengamalkan produk Shaklee juga layak tau untuk mendapatkan duit raya awal Shaklee ni. 

Siapa yang layak mendaftar Shaklee sekaligus dapat duit raya awal Shaklee?

i) Umumnya semua dari rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
ii) Pelajar IPT yang berminat nak menambah duit belanja makan dan barang-barang keperluan harian.
iii) Mereka yang mencari kerja part-time secara online dan sedia di'guide.

Berapa banyak Shaklee boleh beri duit raya?

Dalam Shaklee, ahli yang menjual akan layak mendapat keuntungan runcit dari bahan jualan serta Shaklee turut memberi bonus/ komisyen dari jualan mereka. Untuk yang jadi ahli hanya untuk makan sendiri, jika jumlah belian mereka memenuhi syarat minimum untuk terima bonus, Shaklee akan membayar bonus mereka juga. 

Banyak ke jumlah bonus atau duit raya yang Shaklee boleh beri? Di bawah saya sertakan jadual komisen/ bonus yang Shaklee telah sediakan mengikut jumlah Uv dan %.

duit raya awal Shaklee

Supervisor adalah rank pertama dalam keseluruhan Sistem Shaklee. Walaupun belum mencapai rank Supervisor, ahli masih layak untuk mendapat bonus sehingga 4angka tau. Best tak best? Biasanya pembayaran bonus akan dibuat pada tarikh 14haribulan atau lebih awal jika 14 haribulan jatuh pada hari cuti, Alhamdulillah setakat ini, pihak Shaklee tak pernah culas atau lambat membuat pembayaran kepada mereka yang layak.

duit raya awal Shaklee

Yang berminat nak dapatkan duit raya awal shaklee jom klik terus di sin untuk DAFTAR KEAHLIAN SHAKLEE. Saya sedia membantu anda. Jemput klik gambar di atas untuk sembang-sembang Shaklee bersama saya. 

Saya jemput kalian untuk turut membaca coretan sahabat saya tentang bagaimana beliau dapat duit raya awal dari Shaklee. Jemput baca. 

#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleeseremban
#shaklee


Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi



Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Friday, March 10, 2023

Berpuasa Bersama Shaklee

set berpuasa shaklee

Diam tak diam kurang dari 2 minggu kita akan bertemu Ramadhan Al Mubarak. Maksudnya jadual kita akan berubah terutamanya jadual makan. Bermula la episod sahur dan berbuka pula.

set berpuasa shaklee

Sepanjang bersama Shaklee saya sebenarnya sangat jatuh cinta dengan Set Berpuasa Shaklee. Nak tau kenapa saya jatuh cinta dengan depa bertiga ni? Ni antara sebab-sebabnya.

i) Mudah dan ringkas

Set Berpuasa Shaklee ni sangat memudahkan saya sebagai seorang suri rumah tangga. Kebiasaannya ketika sahur, saya akan recycle je lauk berbuka untuk dimakan namun ada kala jika buntu apakah menu yang ringkas untuk diambil, pilihan saya pastinya Set Berpuasa Shaklee ni.

Hanya perlu bancuhkan Cinch Shake dan ESP Shaklee, dah siap 1 minuman yang mengenyangkan in shaa Allah, yang menyihatkan dan pastinya membekalkan tenaga berterusan sepanjang hari. Ada kala ESP dan Cinch Shake ni saya gunakan dalam penyediaan overnight oat juga. Jadi bersahur bersama overnight oat pun boleh jadi salah satu pilihan.

ii) Sumber Protein yang lengkap

Biasanya kalau sahur ni, menu kita suka yang kering-kering dan sangat simple. Yang jadi tak bestnya hidangan kering-kering ni ada kala kurang bernutrisi walaupun ia jadi pembangkit selera. Ketika berpuasa ni, kita perlukan nutrisi yang sama ketika hari biasa jadi pemilihan pemakanan yang betul sangat membantu.

Yang seronoknya bila berpuasa bersama Shaklee ni, kita memperolehi nutrisi yang betul. Kita biasanya akan cenderung untuk mengambil makanan yang berkarbohidrat tinggi. Jadi bila kita ambil Set Berpuasa Shaklee ni, in shaa Allah nutrient protein yang lengkap tak perlu kita risaukan.

iii) Cergas Bertenaga dan Tiada Dehidrasi

Tak perlu risaukan dehidrasi ataupun kurang tenaga. Performance Drink Shaklee sangat membantu dua masalah ini. Minuman elektrolit yang bebas karbonat ni asalnya minuman angkasawan. Tapi formulanya digunakan oleh Shaklee dan kini kita orang biasa pun dapat menikmatinya.

Diambil ketika berbuka puasa, sangat membantu untuk recharge kembali tenaga untuk menunaikan solat Terawih pula. Bibir kering tak lagi kelihatan bila saya konsisten mengambil Performance Drink ni. Kalau hari biasa, boleh jadi minuman tenaga ketika bersukan dan hiking juga tau. 

iv) Hidangan Lengkap semasa Kecemasan

Pernah tak terlajak bangun sahur? Saya pasti ramai je yang pernah. Dah terlajak pastu blank pulak nak makan ke nak minum ke kan. Cinch Shake dan ESP memang jadi penyelamat saya bila dah terlajak bangun sahur ni. Gabungan dua item ni sangat express dan hanya minum sahaja. Tak de lah risau tercekik ke apa kan in shaa Allah. 

set berpuasa shaklee

Kesimpulannya, Set Berpuasa Shaklee ni adalah set perlu ada di rumah-rumah kebanyakan kita. Selain mudah, ringkas ia juga penuh khasiat yang penting untuk seisi keluarga. Jemput baca lebih banyak lagi pengalaman mereka yang dah berpuasa dengan Shaklee.


#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekotakinabalu
#shaklee


Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi
Shaklee Kota Kinabalu
0197987970



Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.


Monday, March 6, 2023

Tips Kekal Sihat Sepanjang Ramadhan

Berpuasa adalah salah satu cara untuk melakukan proses detoksifikasi atau pembuangan zat-zat beracun dari dalam tubuh secara semulajadi. Proses ini akan menjadi lebih mudah dengan mengikuti beberapa tips sihat ramadhan secara keseluruhan.

Pasti anda ingin kekal aktif dan cergas sepanjang bulan Ramadhan, bukan? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

7 tips sihat ramadhan, rugi tak cuba!

Berikut adalah beberapa cara mudah yang boleh anda lakukan sepanjang bulan Ramadan agar tubuh kekal sihat semasa berpuasa:


sihat sahur ramadhan
Kredit foto: theasianparent

1. Jangan meninggalkan sahur

Cara paling mudah untuk kekal sihat semasa berpuasa adalah jangan pernah meninggalkan sahur. Sama seperti sarapan pagi, sahur adalah bahagian terpenting untuk menambah pengambilan tenaga selama seharian sehingga tiba waktu berbuka.

Makanlah makanan yang sihat semasa sahur dengan memberi perhatian kepada pengambilan nutrisi seimbang daripada karbohidrat kompleks, serat dan protein.

Anda boleh mengambil makanan seperti beras merah, gandum, dan oat yang memberikan tempoh kekenyangan yang lebih lama. Pengambilan makanan yang mengandungi serat tinggi seperti kurma, biji-bijian, kentang, sayur-sayuran dan hampir semua buah terutamanya aprikot, plum, betik dan pisang adalah baik sebagai menu sahur anda.

Selain itu, protein boleh didapati dari telur, keju, yogurt atau daging rendah lemak yang membantu menambah tenaga anda sepanjang hari.

2. Penuhi keperluan air semasa bulan Ramadhan

Sebahagian besar tubuh kita terdiri daripada air, dan kita memerlukan jumlah yang sama dengan air yang terbuang semasa kita berpuasa.

Minumlah sekurang-kurangnya 8 hingga 12 gelas sehari, mengikut berat badan anda. Anda boleh memenuhi keperluan air tersebut ketika berbuka puasa hingga saat sahur agar membantu tubuh kekal terhidrasi.

Selain itu, lebih baik anda mengelakkan pengambilan kafein semasa berpuasa. Ini adalah kerana kafein bersifat diuretik yang membuat kita lebih sering buang air kecil, sehingga air di dalam tubuh cepat hilang.
Cuba mengurangkan minuman berkafein secara berlebihan sepanjang bulan Ramadan untuk mengelakkan dehidrasi semasa berpuasa.

3. Makan seadanya untuk kekal sihat

Selama Ramadhan, waktu yang paling dinanti adalah waktu berbuka. Namun sayangnya banyak orang yang gelojoh ketika menikmati hidangan berbuka.

Langsung memakan banyak makanan ketika berbuka akan membuat perut kembung. Oleh itu, berbuka puasalah dengan makan seadanya.

Anda boleh makan secara beransur-ansur. Semasa berbuka makanlah makanan yang ringan seperti salad buah, jus buah, kurma, atau air putih. Selang beberapa jam kemudian, barulah makan makanan yang lebih berat.

4. Elakkan makanan berminyak

Menu gorengan untuk berbuka puasa memang sangat menggoda. Namun ada baiknya anda mengelakkan segala bentuk makanan yang digoreng dengan minyak dalam jumlah yang banyak sepanjang bulan Ramadhan.

Ini adalah kerana makanan ini akan meningkatkan risiko kenaikan kolesterol dalam tubuh anda.

sihat sahur ramadhan
Kredit foto: hellodoktor.com


5. Mengurangkan makanan dan minuman yang manis

Tips puasa seterusnya berkait dengan hidangan berbuka anda ya! Anda juga dikehendaki mengurangkan minuman dan makanan manis serta produk yang diproses.

Ramai yang keliru dalam menafsirkan maksud ‘berbuka dengan yang manis’. Makanan atau minuman manis memang penting sewaktu berbuka untuk menormalkan gula di dalam darah.

Namun begitu, anda perlu memberi perhatian kepada hidangan makanan atau minuman manis yang dimakan. Apatah lagi jika rasa manis tersebut diperbuat daripada gula.

Ini adalah kerana tanpa disedari, minuman dan makanan manis yang kita menggunakan secara rutin selama bulan Ramadan akan menyebabkan kenaikan berat badan.

Anda harus ingat, untuk memastikan tubuh kekal sihat sepanjang Ramadan, kalori yang dikeluarkan harus lebih banyak daripada kalori yang masuk.

6. Bersenam, tips sihat ramadhan yang sering dilupakan!

Bulan Ramadhan bukan jadi halangan untuk kekal sihat dengan melakukan aktiviti fizikal. Anda boleh melakukan senaman dengan intensiti ringan hingga sederhana selepas berbuka puasa, semasa tubuh sudah dipenuhi dengan tenaga.

Lakukan senaman selama 30 minit dengan jalan kaki, berbasikal, berlari anak ataupun senaman lain yang sesuai dengan keadaan tubuh anda.

sihat sahur ramadhan
Kredit foto: muslimah

7. Tidur yang cukup, tips puasa penting!

Selain memerhatikan pengambilan makanan, tips sihat ramadhan yang penting juga termasuklah menentukan masa dan jumlah tidur yang mencukupi. Mengantuk semasa puasa bukanlah disebabkan tidak makan dan minum seharian, tetapi kerana anda mendapatkan tidur yang cukup.

Jika perlu bangun pagi untuk menyiapkan makan sahur, maka cubalah untuk meyediakannya pada malam hari.

Anda tidak sepatutnya berjaga bagi keperluan yang tidak terlalu penting. Usahakan untuk tidur lebih awal dari biasanya seperti selepas solat tarawih.

Ini adalah kerana kekurangan masa tidur akan menjejaskan prestasi otak sehingga menghalang aktiviti anda yang lain.

Sumber daripada hellodoktor.com


#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekotakinabalu
#shaklee


Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi
Shaklee Kota Kinabalu
0197987970



Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.


Sunday, March 5, 2023

Makanan Yang Mengenyangkan Ketika Sahur

sahur

Hanya berbaki 17 hari jika dipanjangkan umur, kita akan bertemu semula dengan Ramadhan Al-Mubarak. Bila sebut Ramadhan tentulah wajib berpuasa kan. Dan bila kita sebut pasal berpuasa ni salah satu elemennya adalah SAHUR. Keutamaan sahur sebagai satu amalan sunat yang amat dituntut ada dinyatakan dengan jelas oleh beberapa Hadis Nabi Muhammad S.A.W.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, Nabi S.A.W telah bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً

“Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.”

Sahur juga menjadi amalan yang membezakan amalan puasa umat Islam dengan amalan puasa ahli kitab sebagaimana Hadis yang diriwayatkan oleh ‘Amr bin al-‘As RA, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ

“Perbezaan antara bagi puasa kita dan puasa ahli kitab adalah dengan makan sahur.”

Kita dah selalu dengar tentang kelebihan bersahur semua tu kan jadi hari ni saya nak berkongsi apakah jenis makanan yang bagus diambil. Adalah penting untuk kita mengetahui jenis makanan yang bersesuaian kerana kita berpuasa dalam jangka waktu 10-12 jam, satu jangka masa yang panjang dan kita memerlukan tenaga yang mencukupi untuk melakukan aktiviti harian tanpa terganggu. 

Di bawah, saya senaraikan 3 jenis bahan makanan yang boleh disenaraikan dalam menu ketika bersahur nanti.

i) Daging

sahur
Kredit foto: orangmuo

Daging adalah sejenis makanan yang mengandungi sumber tenaga yang tinggi. Hal ini kerana ianya kaya dengan sumber protein dan lemak. 1g protein dan lemak daripada daging telah menyumbang sebanyak 4 kcal dan 9 kcal tenaga. Daging mengandungi 9 jenis asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh badan untuk pembinaan otot yang sihat. Daging mengandungi kandungan kreatin yang tinggi di mana ianya dapat membantu untuk pembinaan otot dan meningkatkan kekuatan tubuh badan. 

Taurin merupakan sejenis asid amino yang banyak terkandung di dalam daging. Antara fungsi penting taurine adalah mengekalkan keseimbangan elektrolit dan hidrasi tubuh badan, menjaga sistem saraf badan, menyokong kesihatan mata dan penglihatan dan melindungi sel di dalam tubuh badan. Dengan kandungan nutrisi ini, daging memang sesuai untuk dijadikan menu masakan.

ii) Telur

Kredit foto: neuroversiti.com

Sebiji telur mampu membekalkan sebanyak 5.93g protein iaitu hamper sebanyak 1 hidangan protein (1 hidangan protein = 7-gram protein). Pengambilan protein di dalam diet harian dapat menyokong mencukupkan keperluan protein harian. Secara umumnya, seseorang individu yang sihat memerlukan sebanyak 0.8 g ke 1 g protein per 1 kg berat badan sehari. Selain dari sumber yang murah, kebiasaannya menu makanan berasaskan telur lebih mudah disediakan. 

iii) Kekacang

Kredit foto: hellodoktor

Kekacang penuh dengan nutrisi. Ia sumber utama phytoprotein atau protein bersumberkan tumbuhan dan lemak tak tepu. Selain Omega 3, kekacang juga tinggi dengan Vitamin E dan magnesium. Kekacang juga mengandungi sumber karbohidrat, mineral dan vitamin.

Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan serat dari makanan seperti kekacang dapat membantu dalam rawatan dan pencegahan beberapa isu seperti ulser usus, buasir dan penyakit refluks gastroesophageal (GERD). Mungkin bukan sebagai menu utama, tapi boleh je sediakan semangkuk kekacang sebagai kudapan selepas sahur.

Dari 3 senarai bahan tadi, apa kata ibu-ibu cuba pelbagaikan 3 jenis makanan di atas untuk hidangan sekeluarga. Moga sahur kali ini lebih berkhasiat dan lebih menyelerakan. 


#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleeseremban
#shaklee


Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi



Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.





Sunday, February 26, 2023

Ropol Dalam Hidup

Ropol

Siapa kat sini suka ropol-ropol atau dalam bahasa Inggerisnya ruffles.
Biasanya warga perempuan yang suka dengan segala macam ropol ni. Saya tak terkecuali.

Ropol Dalam Hidup


Tapi kan sebenarnya kalau dalam hidup banyak sangat ropol pun tak de la elok. Bayangkan kalau kat rumah kan, ada ropol kat alas meja, ada ropol kat langsir, kat sarung kusyen pun beropol-ropol. Tak masuk baju yang ropol di lengan, di bawah baju.

Ropol ni ibaratnya hiasan je. Adakala tak perlu pun pada ropol ni. Dalam Islam, jika ia tiada manfaat, ia tidak la perlu untuk ada pun. Sebab ropol-ropol beginilah membuatkan kita hanyut dalam dunia.

Bagaimana cara nak kurangkan ropol dalam hidup? Meh saya kongsikan caranya:

1) Cek almari baju. Ada tak baju yang dah lama tak pakai? Lama tu lebih 6 bulan - 1 tahun. Tanya balik kat diri nak pakai ke tak, jika taknak asingkan.

2) Cek kabinet dapur. Ada ke bahan-bahan masakan yang dah tamat tempoh? Jika ada, ambil dan masukkan terus dalam tong sampah. Asingkan bahan masakan seperti rempah sebaiknya ikut jenis dan tarikh luput.

3) Cek kabinet dapur lagi sekali. Kali ni kita fokus kat bahagian tupperware, tipuware maupun pinggan melamine, pyrex, plastik, ikea dan seangkatan. Adakah masih elok dan mahu digunakan? Asingkan dengan yang telah retak, pudar, ataupun yang tepi dah cair kena panas

4) Kabinet kain selain baju. Yang ni cuba semak berapa banyak cadar, sarung bantal atau langsir dan sarung kusyen yang ada. Elok lagi ke atau simpan sebab ada elemen sentimentel tu. Jika elok dan masih nak gunakan, ambil la 2-3 design maksimum. Lebih dari 3 design tu alamatnya memang jadi penunggu setia je

Ropol Dalam Hidup

Cuba dulu buat 4 perkara di atas, nampak la selama ni kita banyak simpan ropol dalam rumah tanpa kita sedar. Ni tak masuk lagi bab hiasan frame ke bunga gantung ke bunga pasu semua tu ye.

Percayalah, hidup lebih luas tanpa banyak ropol. Hidup dengan penuh kesederhanaan. Tanpa ropol dan renda. Mata lebih sejuk, hati lebih tenang, jiwa terasa lapang.

Nur Adha ❤️
Ropol sekadarnya sahaja

Saturday, February 25, 2023

9 Sebab Komuniti Shaklee Best!

 Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ni Allah berikan kesempatan buat saya untuk terus menulis di blog kesayangan. Hari ni saya nak berkongsi 9 Sebab Komuniti Shaklee ni Best dan Jadi Pilihan.

1) Shaklee memberikan kehidupan bermatlamat lebih sihat dan lebih baik


9 Sebab Komuniti Shaklee Best!
3 perkara asas dalam Shaklee:
PRODUK: Kami menawarkan produk yang Selamat, Terbukti dan Berkesan.
KELUARGA: Sertai Keluarga Shaklee Global yang meraikan kejayaan anda.
PELAN: Pelan Pampasan Shaklee memberi ganjaran terhadap usaha anda membantu orang lain mencipta kejayaan

2) Komuniti Shaklee yang adil dan tidak menindas

9 Sebab Komuniti Shaklee Best!

Dalam Shaklee, tidak kira siapa, leader atau anak buah, bonus dibayar mengikut jumlah jualan. Maksudnya jika anda leader tapi anda langsung tidak menjual, Shaklee tidak akan membayar apa-apa bonus kepada anda. Di Shaklee siapa yang berusaha akan memperolehi hasil.

Tiada istilah upline goyang kaki, downline kerja keras bila bersama Shaklee. Malah dalam Shaklee ada je downline yang boleh memintas rank dan bonus upline. Tiada yang mustahil.

3) Sistem Online Shaklee di hujung jari


9 Sebab Komuniti Shaklee Best!

Dah mendaftar sebagai ahli Shaklee dan nak tahu lebih banyak mengenai Shaklee? Mudah sahaja, Shaklee kini menyediakan platform online. Boleh diakses melalui komputer, laptop mahupun telefon bimbit pada bila-bila masa dan di mana sahaja asalkan ada line internet. Nak order barang? Klik klik sahaja. Nak baca info produk? Klik klik sahaja. Mudahkan bersama komuniti Shaklee.

4) Budaya ilmu dalam Komuniti Shaklee

9 Sebab Komuniti Shaklee Best!

Pihak Shaklee Homes sendiri menyediakan platform khas buat para distributor Shaklee menggunakan platform Telegram. Setiap chanel berbeza mengikut produk. Selain Shaklee ada menyediakan kelas-kelas daripada pakar-pakar seperti pakar nutrisi dan saintis Shaklee (saintis Shaklee ni datang dari USA), team kami juga ada uruskan kelas-kelas bersama pakar dalam bidangnya.

Contohnya kelas bersama Dr Hafiz Sulaiman (doktor perubatan,pakar dalam allergy, histamin dan lain-lain), Dr Redza (seorang saintis tempatan yang mengamalkan nutraceuticals) dan beberapa doktor tempatan lagi. 

5) Ukhuwah di dalam komuniti Shaklee

9 Sebab Komuniti Shaklee Best!


Saya berada dalam team Master Norita iaitu team Euphoria. Di dalam Euphoria ni banyak team-team lain di bawah Master-Master lain. Walaupun berbeza team tapi ukhuwah dan kemesraan yang terjalin ibarat satu keluarga. Ada kala pertemuan bertemu muka ketika konvensyen atau trip Shaklee. Ada ketika pertemuan hanya di medan online. Namun itu semua tidak menjadi persoalan besar. Bila bertemu rasa keterikatan kekeluargaan sangat erat.

6) Transformasi Diri

Berada dalam komuniti Shaklee, saya nampak perubahan ketara berlaku bagi diri saya. Bila kami diberikan Master Checklist untuk amalan kerohanian, amalan bisnes serta peringatan tentang kepentingan menjadi distributor yang bagus banyak membuka mata saya. 

Kita dihantar ke dunia bukan sekadar untuk menjalani hidup di dunia tetapi adalah menjadi hamba Allah. Maka berniaga bersama Shaklee adalah jalan yang Allah pilih untuk saya lalui. Bagaimana nak menjadi hamba Allah yang taat dan baik melalui perniagaan mencontohi sahabat Rasulullah saw iaitu Abd Rahman bin Auf in shaa Allah. Doakan saya ye.

7) Bisnes Berjemaah 

9 Sebab Komuniti Shaklee Best!

Dalam team Shaklee, kehadiran mentor-mentor sangat membantu kami dalam memastikan momentum berbisnes sentiasa ada. Tazkirah, kata semangat malah teguran yang sering diberikan membuatkan kami rasa sentiasa nak memberi yang terbaik dalam servis bisnes Shaklee ini. Alhamdulillah kerana Allah mengurniakan kami mentor-mentor yang awesome.

8) Reward and recognition

9 Sebab Komuniti Shaklee Best!

Antara yang seronok berada dalam komuniti Shaklee adalah bila Shaklee menyediakan pelbagai insentif. Salah satu insentif yang saya nak kongsikan adalah Car Bonus. Eh jangan silap, Shaklee tak beri kereta tau. Tapi untuk Car Bonus ni, seseorang tu perlu mencapai minima level Supervisor terlebih dahulu. Kemudian perlu mematuhi kelayakan yang diminta oleh pihak Shaklee. Jika syarat kelayakan telah dipatuhi, Shaklee akan membayar sejumlah amoun mengikut kelayakan pembayaran. Bayaran ini tidak statik, mengikut performance bulanan kita.

9) Career Development dalam komuniti Shaklee

9 Sebab Komuniti Shaklee Best!

 Dalam Shaklee, kami dibimbing dan diajar bagaimana untuk membina career development. Dengan adanya Career Development Plan, ia sangat membantu untuk kita menilai sejauhmana bisnes yang kita bina. Dan pada masa yang sama, kita dapat membuat target untuk memajukan bisnes kita sendiri. 

Ini antara sebab kenapa komuniti Shaklee ni best sangat. Jika ada yang berminat nak bersama-sama saya menyertai Shaklee, boleh je direct komen atau pm saya di 019-7987970.

#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleeseremban
#shaklee


Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi



Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.



Review Projek Blog Mega Shaklee 1.0

Projek Blog Mega Shaklee

Pernah bermula dengan blog. Dan kalini saya mengambil keputusan untuk kembali berblog juga. Alhamdulillah Allah buka jalan ni bila upline saya pula menganjurkan PROJEK BLOG MEGA SHAKLEE.

Projek Blog Mega Shaklee adalah inisiatif yang sangat berjaya dan memberi banyak manfaat kepada komuniti Shaklee. Selain itu projek ini sangat membantu mereka yang mencari maklumat tentang kesihatan dan kecergasan. Projek Blog Mega Shaklee ini melibatkan 220 orang ahli dibawah organisasi Euphoria (pimpinan Master Norita Idris) yang juga terdiri daripada pengedar Shaklee yang menulis blog dan berkongsi maklumat tentang produk Shaklee dan gaya hidup yang sihat.

Review Projek Blog Mega Shaklee 1.0

Luas tapak tangan, in shaa Allah segala usaha saya curahkan. Projek Blog Mega Shaklee ni Allah alirkan kepada saya sebagai pembuka rezeki. Moga dalam berkongsi mengenai kesihatan dan kewangan, saya dapat juga berkongsi ilmu dan pengalaman buat menjadi bekalan pahala ke negeri akhirat yang kekal abadi in shaa Allah.

Antara perkara yang menarik saya untuk bersama-sama dalam Projek Blog Mega Shaklee ni adalah saya dapat menulis dengan lebih baik. Jika sebelum ini, menulis di blog secara semberono. Tapi dalam Projek Blog Mega Shaklee, kami diberi tips bagaimana nak membuat penulisan yang baik untuk mencapai SEO. Blog adalah salah satu medium pengiklanan yang bagus. Walaupun dunia kini sedang sibuk dengan media sosial namun peranan "search engine" masih sangat relevan. Justeru atas sebab itu, saya mengambil keputusan untuk kembali berblogging.

Saya join Projek Blog Mega Shaklee ni untuk kembali mengasah kemahiran menulis. Tapi kan, Alhamdulillah rezeki dariNya, tak sangka dapat hadiah sekotak Nutriferon dari Master Norita Idris. Terima kasih banyak-banyak, Master. 


Review Projek Blog Mega Shaklee 1.0Review Projek Blog Mega Shaklee 1.0


Apa yang saya nampak dalam Projek Blog Mega Shaklee ni adalah kami para pengguna merangkap distributor Shaklee dapat berkongsi manfaat produk Shaklee. Ada kala info produk di website tidak begitu details tetapi melalui penulisan blog dari distributor Shaklee, lebih banyak maklumat dapat diperolehi dan inilah yang dikongsikan bersama-sama dengan para pembaca.

Dengan kembali menulis blog dan ditambah lagi booster dari Projek Blog Mega Shaklee ini, saya mengharapkan agar lebih ramai yang lebih cakna tentang isu kesihatan sama ada fizikal mahupun kesihatan mental itu sendiri. Tiada yang lebih berharga dan bernilai dari isu kesihatan. Sebagai umat Islam khususnya, penjagaan kesihatan diri sendiri dan keluarga adalah sangat dituntut dan beroleh pahala yang besar. Kesihatan adalah amanah yang tidak boleh dipersiakan.

Review Projek Blog Mega Shaklee 1.0


Jika ada Projek Blog Mega Shaklee 2.0, nak tak saya sertai? PASTI. Ni jawapan paling tuntas rasanya. Rugi kot kalau membiarkan peluang sebesar ini berlalu. Rezeki jangan ditolak kan. Menulis blog ni pun salah satu kurniaan rezeki dari Allah. Jadi, jom la kita teruskan.

Kenapa nak join Projek Blog Mega Shaklee 2.0? Salah satu sebabnya adalah kerana saya ingin kembali membina tapak di dalam Shaklee. Blog saya sebelum ini www.rahsiasihat.com telah lama berkubur. Jadi kalini saya kembali dengan blog baru yang saya pasti membawa lebih banyak peluang di masa hadapan, in shaa Allah. Doakan saya dapat kembali bersama Shaklee dengan lebih gemilang in shaa Allah.

Sebelum ni saya pernah menulis tentang perjalanan Intermittent Fasting saya, jemput baca entry tersebut ye.

#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleeseremban
#shaklee


Nur Adha @Adden
Hidup untuk memberi



Penafian: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.


Nak Dapat Duit Raya Awal Dari Shaklee?

Assalamualaikum semua. Tengok tajuk je mesti ada rasa teruja kan. Alhamdulillah saya pernah merasai dapat duit raya awal dari Shaklee. Terhe...